Monday, April 20, 2009

HLTM Takaful i-invest

Apa itu Takaful?

Takaful merupakan konsep jaminan bersama yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Sumbangan yang diterima akan dikupulkan dalam satu dana yang dapat dimanfaatkan bersama jika berlaku sesuatu musibah atau kerugian ke atas peserta. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad (HLTM Takaful) Bertindak sebagai pengendali takaful dan bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan dana ini dengan efisien.

Apa itu pelan HLTMT i-invest?

Ianya merupakan pelan pelaburan keluarga dengan sumbangan tunggal yang menyediakan perlindungan dan pulangan ke atas pelaburan anda.

Bagaimanakah anda sekeluarga mendapat manfaat daripada pelan "HLTMT i-invest"?

  • Bantuan jika ditimpa musibah.
    Apabila berlaku kematian,125% dari jumlah sumbangan tunggal dan jumlah nilai unit dalam akaun pelaburan peserta akan dibayar kepada pewaris/penama anda. Bagi keilatan kekal, jumah yang sama akan dibayar kepada anda.
  • Mod sumbangan yang fleksibel. Anda boleh memilih sendiri mod sumbangan sama ada secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan.
  • Pada tarikh matang
    Anda akan menerima jumlah penuh bagi nilai unit dalam Akau pelaburan peserta (bergantung pada harga nilai pasaran semasa untuk seunit pada tarikh matang)
  • Pengeluaran yang mudah untuk kewangan yang fleksibel Jumlah minimum yang dibenarkan ialah Rm500 (tertakluk kepada jumlah baki minimum Rm3000 yang perlu dikekalkan)
  • Penambahan pada bila-bila masa. Penambahan minimum adalah sebanyak RM500
Dana Pilihan anda.
  • Dana "HLTMT i-income" Dana ini bertujuan untuk mengekalkan modal dan menjana pendapatan stabil denan melabur terutamanya dalam sekuriti hutang islam dan selebihnya dalam ekuiti
  • Dana "HLTMT i-balanced" Dana ini memberi tumpuan kepada pertumbuhan modal jangka sederhana dan panjang, di samping menjana pendapatan tetap menerusi elaburan dan portfolio yang dipelbagaikan serta seimbang antara sekuriti hutang islam dan ekuiti.
Kedua-dua dana ini dilaburkan berlandaskan prinsip-prinsip syariah.

Kelayakan

Tempoh Kontrak

Sehingga umur 65 tahun pada tarikh lahir akan datang

Umur Kelayakan

(Tarikh lahir akan datang)

Minimum : 1 tahun

Maksimum : 60 tahun

Sumbangan Minimum

RM5,000

Perlindungan Maksimum

Tertakluk kepada Pengunderaitan

Bagaimanakah proses permohonan untuk menyertai skim dana ini

?

Anda dikehendaki melengkapkan Borang Permohonan yang disediakan

. Walaubagaimanapun, HLTM Takaful mungkin memerlukan maklumat tambahan daripada anda. Ini mungkin melibatkan pemeriksaan kesihatan di mana kosnya akan ditanggung oleh kami.

Caj/Yuran

Yuran Wakalah atas Sumbangan

5%

Caj Permulaan Pentadbiran

RM100 untuk sumbangan tunggal kurang daripada RM10,000 (percuma untuk jumlah bersamaan atau melebihi RM10,000)

Caj Penambahan

RM25 setiap penambahan

Caj Pengeluaran Separa

RM50 setiap pengeluaran

Caj Penyerahan

Tahun pertama = 5%,

Tahun kedua = 4%,

Tahun ketiga = 3%,

Tahun keempat = 2%,

Tahun kelima = 1%,

Tahun keenam dan seterusnya = 0%

Yuran Wakalah ke atas

‘Dripping’

10% daripada potongan Tabarru’

Caj Pengurusan Dana

Dana “HLTMT i-Income” : 1.00%

Dana “HLTMT i-

Balanced” : 1.25%

Nota: Caj dan yuran di atas adalah yang terkini. HLTM Takaful mungkin mengubah

kadar dengan menberi tiga (3) bulan notis kepada peserta sebelum penyemakan

semula.

No comments:

Post a Comment