Wednesday, April 15, 2009

HLTM Takaful i-save

Apa itu Takaful?

Takaful merupakan konsep jaminan bersama yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Sumbangan yang diterima akan dikupulkan dalam satu dana yang dapat dimanfaatkan bersama jika berlaku sesuatu musibah atau kerugian ke atas peserta. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad (HLTM Takaful) Bertindak sebagai pengendali takaful dan bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan dana ini dengan efisien.

Apa itu pelan HLTMT i-save?

Ianya merupakan pelan pelaburan takaful keluarga dengan sumbangan berkala yang menyediakan perlindungan dan pulangan ke atas pelaburan anda.

Bagaimanakah anda sekeluarga mendapat manfaat daripada pelan "HLTMT i-save"?

  • Bantuan jika ditimpa musibah.
    Apabila berlaku kematian, jumlah perlindungan dan jumlah nilai unit dalam akaun pelaburan peserta akan dibayar kepada pewaris/penama anda. Bagi keilatan kekal, jumah yang sama akan dibayar kepada anda.
  • Mod sumbangan yang fleksibel. Anda boleh memilih sendiri mod sumbangan sama ada secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan.
  • Pada tarikh matang
    Anda akan menerima jumlah penuh bagi nilai unit dalam Akau pelaburan peserta (bergantung pada harga nilai pasaran semasa untuk seunit pada tarikh matang)
  • Pengeluaran yang mudah untuk kewangan yang fleksibel Jumlah minimum yang dibenarkan ialah Rm500 (tertakluk kepada jumlah baki minimum Rm3000 yang perlu dikekalkan)
  • Penambahan pada bila-bila masa. Penambahan minimum adalah sebanyak RM500
Dana Pilihan anda.
  • Dana "HLTMT i-income" Dana ini bertujuan untuk mengekalkan modal dan menjana pendapatan stabil denan melabur terutamanya dalam sekuriti hutang islam dan selebihnya dalam ekuiti
  • Dana "HLTMT i-balanced" Dana ini memberi tumpuan kepada pertumbuhan modal jangka sederhana dan panjang, di samping menjana pendapatan tetap menerusi elaburan dan portfolio yang dipelbagaikan serta seimbang antara sekuriti hutang islam dan ekuiti.
Kedua-dua dana ini dilaburkan berlandaskan prinsip-prinsip syariah.

No comments:

Post a Comment